Bab 3 : Dendam Yang Tiada Penghujungnya
Wednesday, 22 October 2014 | 02:57 | 0 comments
Shalia membuka facebooknya. Mencari sesuatu untuk memulakan rancangannya. Dia menekan nama Sharil Kadir. Dia mengukir senyuman penuh makna. Dia menekan butang 'about' dan mencatat nombor telefon Sharil. Nak add dalam WeChat.Dia tau melalui Sharil, banyak orang yang dia boleh dapat untuk tolong dia membalas dendam.
Shalia tersenyum puas mengenangkan niat jahatnya itu.
***
"Selamat pagi, di sini ada satu pengumuman. Ada perubahan kelas. Shalia bt. Jafri dari kelas 4A akan pindah ke kelas 4B. dan........"
"Shalia? Ape semua ni?"tanya Mawaddah.
"Aku tak rasa kau dapat bawak lah Sains Tulen. Sorrylah my friend. Kita still boleh melepak sama-sama"balas Shalia dengan senyum tawar.
"Murni, nak cakap ngan kau..."
***
"Kenapa ni kau nak cakap ngan aku? Lagi satu, kalau ya pun marah, janganlah sampai macam ni,"ujar Muni
"Kau ada cakap kat aku tahun lepas. Persahabatan tu amat bernilai kan bagi kau?"tanya Shalia sambil menjeling Murni
"Ye, kenapa?"
"Tak nampak macam tu pun..."
"Sebabbb...."
"Kau cakap dulu kau kawan baik dengan Naini. Pastu kau cakpa tiba-tiba kau tawar hati dengan dia. Betul ke kau maksudkan yang kau memang menghargai persahabatan?"ujar Shalia.
Murni terdiam. Kelu.
"I guess, kau memang takde haklah kan? Nak cakap yang persahabatan tu berharga bagi kau? Betul tak? Cakap tak serupa bikin rupanya kau. Good Job,"balas Shalia beserta sindiran dan senyuman peli.
***
Setelah 15 minit berjalan kaki daripada sekolahnya, dia akhirnya tiba dirumahnya. Kepenatan dan berpeluh. Dia mahu berbaik dengan beberapa orang yang punya rekod buruk dan berpotensi untuk menolongnya melangsaikan hutang dendamnya.
Dia terus menuju ke biliknya untuk mandi. Usai mandi, dia membuka telefonnya. Ikon WeChat ditekan. Nama Sharil ditaip. Dia menekan nama Sharil. Add.
Permintaannya diterma serta merta.