Beautiful Flower..




Jarak Antara Kau Dan Aku : Bab 3
Monday, 17 December 2012 | 00:03 | 0 comments

      ‘Akhirnya, dapat jugak aku jejakkan kaki ke Universiti, Alhamdulillah,’desis hati Shafina.

        Esok adalah hari pertama dia akan menjejakkan kaki ke Universiti. Perasaan teruja sentiasa melekat pada dirinya sejak dia bangun untuk solat subuh. Seronoknya kekal hingga ke malam.

“Fina, mari tolong mak long jap,” panggil mak longnya.
“Okay, kejap.”Shafina segera bergegas ke dapur.
“Ni, tolong mak long masak rendang ni jap. Mak long tau Fina pandai masak rendang kan? Ni bekal untuk Fina esok.”ujar mak longnya
“Aish, mak long ni, tak payahlah susah-susah buat bekal. Pandailah Fina masak kat sana nanti.”balas Shafina.

       Tangannya pantas mencapai bahan-bahan yang diperlukan dan segera melakukan apa yang patut.

        Tiba-tiba, mak longnya pengsan ketika sedang menumis bahan untuk membuat rendang. Shafina yang terkejut segera meminta bantuan jiran sebelah untuk membawa mak longnya ke hospital.

        Apabila tiba di hospital, segera jururawat membawa kerusi roda dan menolak mak long ke bilik kecemasan.

       Setelah hampir 1 jam menunggu di luar, doktor yang merawat mak longnya keluar.

“Doktor, macam mana keadaan mak long saya?”Tanya Shafina, resah.
“Awak ahli keluarganya kan? Sila ikut saya ke pejabat.”balas doktor itu.

      Shafina akur dan membuntuti doktor itu sehingga ke pejabatnya. Apabila sampai, dia segera duduk.

“Nama saya Doktor Hani. Sebenarnya, mak long awak ada barah otak.”ujar doktor muda itu.

      Shafina tergamam. Dia tidak menyangka semua ini akan terjadi kepada mak longnya.

“Penyakitnya sudah sampai tahap kritikal ke?”Tanya Shafina.
“Tak. Dia hanya berada di peringkat awal. Mak long awak perlu berehat di wad selama 3 hari.”jawab doktor itu, tenang.
“Baiklah..”jawab Shafina, lemah.

Older Post | Newer Post