Beautiful Flower..




Jarak Antara Kau Dan Aku : Bab 4
Tuesday, 18 December 2012 | 01:50 | 0 comments

       Setelah 8 jam berada di dalam kapal terbang, akhirnya, tiba juga di Malaysia! Idham berasa sungguh seronok dan teruja untuk berjumpa denngan ibu dan ayahnya serta abangnya, Izham.

       Dia menolak troli ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu.

“Id, anak mummy, sampai jugak, rindunya mummy dekat Id.”ujar mummynya, air mata jatuh ke pipi tuanya.
“Welcome home Id, how’s your study in UK? Awesome?”Tanya papanya.
“Mummy, janganlah emo sangat, Id pun rindu dekat mummy. Papa, it’s always nice to be there especially when winter but, Malaysia is way more awesome!”ujar Idham.

       Kedengaran bunyi ketawa dari abangnya dan juga papanya.

“Well, my brother, welcome home, want a kiss?”gurau abangnya sambil ketawa.
“No thanks, bro.”balas Idham lalu ketawa.
                                                                    ***
      “Fina, tak payahlah risaukan mak long. Mak long okey je.. Esok kan Fina nak mendaftar di universiti? Pergi tau.. Anak mak long ada, takpe.”ujar mak longnya.
“Tapi.. Fina mana boleh tinggalkan mak long macam ni je..”balas Shafina, lemah.
“Tak apelah Fina, Kak Asya jaga mak akak ni,”ujar Firasya, anak mak longnya yang kini sudah habis pengajiannya di universiti.
“Emm, take care, ok?”ujar Shafina lalu bergegas pulang.

       Sesampainya dia dirumah, dia terus mengemas bajunya dan juga menyambung masak rendang yang ditinggalkan.

       Apabila selesai, dia menunaikan solat Isyak.

“Ya Allah, kenapa pada esok, hari yang mungkin paling gembira bagi aku terpaksa aku sambut keseorangan? Ya allah, kenapa barah yang kau timpakan ke atas maklongku? Ya Allah, peliharalah dosa mak longku dan juga keluarganya serta diriku.. Amin..”

       Dia terus bangun, membuka kain telekung dan terus tidur. Fikirannya bercelaru. Kenapa mak longnya? Kenapa bukan insan yang lain?

Older Post | Newer Post