Beautiful Flower..




Jarak Antara Kau Dan Aku : Bab 6
Thursday, 20 December 2012 | 05:55 | 0 comments
      'Aku nak tau nama minah tu... Ada chance ke nak jumpa dia lagi ni?'desis hati Idham

"Wei, kau dari tadi diam je lepas langgar perempuan tu. Asal?"tanya Izham
"Aku.. Hmm, aku nak jumpa minah tuh lagilah.... Aku rasa aku dah tangkap cintan dengan dia tu"ujar Idham dengan jujur.
"Ooo, ni kes cinta pandang pertama lah ni?"tanya abangnya balik
"Lebih kurang macam tu kot. Entahlah. Dia lawa."balas Idham

      Sepanjang perjalanan, mereka hanya mendiamkan diri dan hanya radio sahaja yang bersuara sepanjang perjalanan. Idham merasakan dirinya sudah jatuh cinta dengan gadis itu. Adakah itu hanya nafsu atau perasaannya yang sebenar?

                                                                              ***

      "Nah, ambik kau punya minyak wangi ni, nasib baik tak pecah tau."ujar Shafina sambil menghulurkan beg kertas yang berisi minyak wangi kepada Firasya.

"Laaa, apahal dengan Fina ni? Jatuh ek tadi?"tanya Firasya
"Ha'ah, Fina terlanggar sorang mamat tu. Tinggi, macho, semuanyalah."balas Shafina
"Haih... Dah tangkap cintan ke?"tanya Firasya lagi, ingin tau.
"Ish, mengarut je. Mana ada. Biasa-biasa jela. Tapikan, Fina harap dapat jumpa dia lagi. Dia nampak baik"ujar Shafina sambil memandang tepat ke wajah Firasya
"Semua orang nampak baik dari luaran, tapi dalaman, siapa yang tahu?"balas Firasya lalu terus ke biliknya.

      'Kalaulah aku jumpa mamat tu lagi, sure aku nak tau nama dia dan mana dia tinggal.'desis hatinya. Hatinya memberontak ingin tahu siapa nama jejaka itu. Dapat nama pun bolehlah..

                                                                              ***

      Apabila sampai dirumahnya, Idham segera naik ke atas dan menunaikan solat zohor. Dia juga menunaikan solat Istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah di manakah gadis itu.

"Ya Allah, kau temukanlah aku dengan gadis itu semula Ya Allah. Adakah perasaan ini satu nafsu atau benar-benar tulus Ya Allah? Berikanlah aku petunjuk Ya Allah, Amin, amin, yarabbal alamin..."akhir Idham lalu menekupkan tangannya ke muka.

      Dia segera melipat sejadah dan turun ke bawah untuk bersama keluarganya. Dia terus ke ruang tamu menyertai mummy dan papanya yang sedang asyik menonton televisyen. Dia mengambil tempat di tengah-tengah di antara mummy dan papanya.

"Ish, budak ni, menyibuk pulak dekat tengah-tengah. Dahlah besar gedabak, tak sedar diri ke?"ujar papanya , Encik Hishamudin, lalu ketawa.

      Idham hanya tersengih bagai kerang busuk. Mummynya ketawa terkekek melihat telatah anak bongsunya itu.

'Macam-macam,'desis hati Puan Hamisah.

Older Post | Newer Post