Beautiful Flower..




Drama Review 2 : Queen Of Ambition~
Saturday, 22 June 2013 | 01:19 | 0 comments
Hai, annyeong, assalammualaikum, hello~ Well, ni review kedua. kalau nak tengok review favourite drama aku yg first, sila klik older posts.


Gempak kannnn??? Let's start dengan dua watak utama.

1. Kwon Sang Woo

Nama watak = Ha Ryu. Seorang yang agak miskin tapi taklah daif sangat, dia berkahwin dengan Jo Da Hae dan bahagia dengan kehadiran seorang cahayamata yang bernama Ha Eun Byul. Bekerja di sebuah kelab malam sebagai pelayan lelaki tanpa pengetahuan Da Hae, isterinya. Dia ni sebenarnya ada abang kembar nama Cha Jae Wong dalam crita ni. Tapi Ha Ryu ni  hilang sejak dia baby.

2. Soo Ae

Nama watak = Joo Da Hae. Isteri Ha Ryu. Bagi aku, dialah punca kematian anaknya dan aku sangat-sangat menyampah dengan sifat watak yang dia bawak that is dalam lembut, jahat bebenor. Dulu miskin Da Hae ni. Tapi dia nekad. Dia nakkan kuasa. Dia nak menjadi Wanita Pertama dan melupakan segala memorinya yang lalu iaitu keluarga, cinta hatinya dan kemiskinan. Pembunuh ayah tirinya.

3. Yunho

Nama watak = Baek Do Hyung. Cucu kepada pengurus syarikat besar yang kaya. Tetapi, dia ni tak tau yang dia ni anak kakak dia. Dia anggap atuk dia ayah dia. Identitinya sebagai anak kakaknya dirahsiakan. Telah jatuh cinta dengan Da Hae setelah minah tu bercerai dengan Haryu. Minah mata duitan!

4. Kim Sung-Ryeong

Nama watak - Baek Do Kyung. Hah, dia nilah mak Do Hyung. Lawa kennnn? Seorang yang tegas dan tak suka anak dia, Do Hyung kawin dengan Da hae. 

Sinopsis:

Nama Ha Ryu bermaksud "seorang kanak-kanak diterbangkan dari syurga." Dia telah diberikan nama ini oleh makcik yang jaga rumah anak yatim di hadapan rumah anak yatim,nama diberi kepadanya dengan serta-merta sebaik sahaja dia melihat wajah tulen, tidak bersalahnya. Kehidupan Ha Ryu bermula dengan baik semasa beliau mula memerhatikan Da-hae di rumah anak yatim itu. Ha Ryu adalah seorang budak yang mudah & ttak suka buat kerja, however for Da-hae, takde yang dia tidak akan lakukan atau mana-mana tempat dia tidak akan pergi. Apabila Da-hae menangis, Ha Ryu menjadi terlalu resah untuk melakukan apa-apa je. Tetapi apabila Da-hae telah dianbil sebagai anak angkat, mereka terpaksa berpisah. Sepuluh tahun kemudian, Ha Ryu berjumpa semula dengan Da-hae. Dia sepertiterkena renjatan elektrik & kehilangan fikirannya. Kemudian, dia bersumpah tak ada apa-apa yang akan menghalang hubungan mereka lagi. Dia juga berjanji kepada dirinya bahawa dia akan melakukan apa sahaja dan segala-galanya untuk membuat Da Hae gembira sampai dia mati. Da-hae adalah seorang wanita muda yang bijak dan Ha Ryu bekerja siang dan malam dengan segala kekuatan untuk mendapatkan wang untuk membayar tuisyen di universiti luar negara. Tidak kira berapa letihnya dia,apa yang dia perlukan untuk menjadi gembira adalah senyuman Da-hae. Tetapi lama-kelamaan Da-hae berubah. Ha Ryu fikir, benda tu tidak boleh kekal apabila dia kagumi kecantikan dan kecerdikan, sperti bintang yang bersinar. Walaupun Da Hae fitnah dia melakukan pembunuhan, dia cuba untuk memahami Da Hae. Walau bagaimanapun, apabila dia kehilangan anak perempuan mereka, Eun-Byul, dia tidak keruan dan dia tidak boleh memaafkan isterinya. Ha Ryu berubah. Amarahnya meletus bak gunung berapi kerana pengkhianatan cinta sejatinya telah menjadikan Ha Ryu seorang yang kejam dan nekad untuk melakukan apa sahaja."Aku akan bawa kau ke bawah dengan kedua tangan aku sendiri dan letakkan kau kembali kat mana kau mula. Aku akan pijak kepala kau dan sakiti kau lebih daripada apa yang kau bayangkan," dia berjanji berdendam dengan Da Hae, wanita yang dicintainya lebih dari nyawanya sendiri.... Bermula...

Woooo~ Mengancam an? Nak tengok? Boleh2, silakan ke :


Yang seterusnya, esok, aku nak update pasal hari usahawan kat skolah ;) and lepas tu nak bagitau pasal lagu-lagu korea feveret I.... 

Thanks For Reading,
Sarah Awesome.

Older Post | Newer Post