Beautiful Flower..




Jarak Antara Kau Dan Aku : Bab 1
Saturday, 15 December 2012 | 02:34 | 0 comments

         Sudah hampir 2 tahun Siti Shafina Yusnina meninggalkan rumah kerana tidak sudi dikahwinkan dengan seorang lelaki tua yang kaya di kampungnya. Dengan berbekal duit RM100 ringgit hasilnya bekerja di warung ibu sahabatnya, dia melarikan diri.

    Adapun sebab dia melarikan diri adalah kerana hutang bapanya yang tidak terdaya ditanggung sehingga bapanya terpaksa mengahwinkan dia dengan orang tua itu untuk melangsaikan hutangnya. Ibunya yang lumpuh tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang bapanya dan hanya mampu melihat anaknya dipaksa untuk berkahwin. Sungguh menyedihkan keadaan itu bila diingatkan kembali.
  
    Nasibnya baik kerana ada rumah Mak Longnya, Puan Suzana di Kota Kuala Lumpur. Sungguh jauh dia melarikan diri, dari Kedah hingga tiba di Kuala Lumpur.

     Shafina seorang lepasan SPM dan juga mendapat keputusan yang agak memuaskan memudahkan dirinya untuk mendapat kerja di situ. Dia tidak pernah bergantung harap pada Mak Longnya iaitu seorang ibu tunggal selepas kematian suaminya. Dia juga memohon supaya Mak Longnya tidak menelefon bapanya bahawa dia berada disitu. Sungguh mulia hati Mak Longnya kerana sudi menolongnya.
     Suatu hari, Shafina mendapat surat bahawa kemasukannya ke Universiti telah diluluskan, gembira bukan kepalang dia apabila membaca surat itu, tapi dia hairan, siapa yang mendaftarkan namanya masuk ke Universiti?

“Fina, surat ape tu?” Tanya Puan Suzana
“Surat kemasukan Fina ke universitilah Mak Long, siapa yang daftarkan?” jawab Fina lalu menyoal Mak Longnya kembali.
“Laaa, Alhamdulillah, syukur, lulus jugak kemasukan Fina. Tahniah,”ujar Mak Longnya sambil tersenyum
“Laa, semua ni keje Mak Longlah ye?”agak Shafina
“Ha’ah, memang pun”jawab Mak Longnya sambil tersenyum
“Habis tu? Duit bayarannya macam mana? Duit buku lagi semua…”
“Dah-dah, yang itu tak payah fikir, biar Mak Long uruskan. Fina relaks je tau.”sampuk Mak Longnya.
“Terima Kasih Mak Long,” balas Shafina dengan linangan air mata.

    Baginya, mak longnya sajalah tempat dia meluahkan segala perasaannya, dia amat bersyukur kerana dia dapat melanjutkan pelajarannya seperti yang diidamkannya selama ini.

Older Post | Newer Post