Beautiful Flower..




Jarak Antara Kau Dan Aku : Bab 2
Saturday, 15 December 2012 | 22:24 | 0 comments

    Akhirnya, tamat juga pembelajarannya di United Kingdom (UK). Gembira tak terhingga Idham Azhari kerana dapat pulang semula ke tanah airnya, Malaysia. Dia amat rindu akan mummy dan juga papanya.

     Dia segera pergi bertemu rakan-rakannya sebelum berangkat ke lapangan terbang. Flightnya akan berlepas 3 jam lagi. Semasa dalam perjalanan, dia terserempak dengan seorang kenalan perempuannya, Zumika.

“Hi Idham, rushing nak balik ke?”Tanya gadis itu.
“Hehe, taklah, nak jumpa kawan-kawan dulu, flight I pukul 3 nanti.”jawab Idham ringkas
“Yeke? Ooo.. Flight I sama dengan youlah, kita pergi sama-sama nak?”Tanya Zumika.
“Err,”

    Sebenarnya dia tidak selesa dengan Zumika kerana cara pemakaiannya yang begitu mencolok mata dan juga mendedahkan aurat. Zumika juga cuba menggodanya, dan dia teringat, semasa dia berseorangan di dormnya, Zumika yang mabuk merempuh masuk dan terus membuka baju. Dia yang malu serta terkejut berlari keluar daripada dormnya dan terus keluar makan angin di sekitar kawasan dormnya tetapi rahsia itu hanya dia yang tahu.

“Takpelah Mika, I nak pergi sendiri sebab nanti I nak singgah tempat beli souvenir and nak beli sikit kek kat sini nak bawak gi Malaysia, okay, bye, got to go..”jawab Idham lalu terus mendapatkan rakannya, Zakri, Michael dan Roslan.
“Michael, well, this our last time to see each other,”ujar Idham.
“Yeah, I know that. By the way, I think I will be visiting Malaysia if I have time and not to forget, enough money,”balas Michael diiringi gurauan.
“Roslan, Zakri, aku rasa aku dah nak kena pergi ni, aku nak singgah merata lagi ni, Bye. Assalammualaikum.”jawab Idham lalu terus menahan teksi untuk ke kota.

    Dia meminta pemandu teksi itu membawanya ke sebuah kedai kek terkenal iaitu Buttercup Cake Shop.

    Setelah sampai, dia berpesan kepada pemandu teksi itu supaya menunggunya. Pemandu itu hanya mengangguk dan Idham keluar daripada teksi lalu terus masuk ke kedai. Dia mengambil 5 biji kek cawan Red Velvet dan Vanilla Purist. Dia terus menuju ke kaunter dan membayar jumlah harga kek cawan. Dia keluar dari kedai dan terus masuk ke dalam teksi.

    Dia kemudiannya mengarahkan pemandu itu membawanya ke sebuah kedai cenderahati.

   Sampai sahaja dia terus turun dari teksi selepas meminta pemandu teksi itu menunggunya, dia masuk ke dalam kedai dan mengambil 2 rantai kunci, 1 magnet untuk diletakkan pada peti sejuk dan juga 2 t-shirt yang bertulis ‘I Love UK’.

    Usai sahaja, dia kembali masuk kedalam perut teksi dan menyuruh pemandu itu membawanya ke lapangan terbang. Apabila sampai, dia membayar jumlah yang dikenakan lalu mengeluarkan bag-bagnya dari bonet kereta, tepat masanya dia sampai di situ, dia segera berjalan laju ke tempat berlepas. Dan segera masuk kedalam kapal terbang.

Older Post | Newer Post